Daisypath Anniversary tickers

Khamis, Disember 16, 2010

cuti2 malaysia

seronok pulang ke kg. walaupun sekejap tapi bermakna sungguh...

Sabtu, Jun 19, 2010

Cuti panjang

Waktu cuti ini digunakan sepenuhnya untuk mengemas rumah. nasib baik abok, pengasuh anak datang rumah, boleh tolong mengemas. Nak buat sorang mmg x terdaya. Sekurang2 nya rumah lebih ' nampak' banding sebelum nie.

Muzium

Percutian di Kuching







Sempena musim cuti sekolah sepanjang 3 minggu, kami berjalan-jalan ke Kuching. sambil jalan2, gi makan2... bawak anak2 keluar dari ketenangan di Sri Aman. kami gi lawat semua muzium yg ada di Kuching. Dah lama tinggal di Sarawak, baru ada kesempatan nak ke sana.

Rabu, Mei 12, 2010

Baby Ayieh dah tumbuh gigi depan




Baby Ayeih demam Rabu lalu 5/5/10. Bagi makan ubat, tapi still demam. Esokannya bawa gi klinik, takut demamnya melarat, sudah makan, nampak kebah, sekarang dah habis makan antibiotik, lega dah sihat, tup-tup bila ayieh tersengih, laaa nampak putih bahagian atas gusi, rupenya demam nak tumbuh gigi.


sekarang dah mula belajar nak berdiri, lepas2 tangan n baru mula takut2 nak jalan. Emmm setiap kali nak dapat sesuatu kemahiran, mesti dia demam. Tengah 'membuas' sekarang ini. adooo... letih le...

Birthday Ajit@Achik@Harraz






Masak kek sempena besday ajit pd bln 4 tempohari. seme suke cupcakes choc ini. yummmyyy...

xtvt waktu senggaang



tanam masa tahun baru cina lalu, hujung bln 4 lalu dah boleh tuai. ini sahaja yg tinggal. sayur lain seme dah dibuat lauk.

Jom makan



cup cakes - baru belajar buat, utk mkn bersama famili.

berhabuk

sudah lama tidak ku sentuh blog ku ini. puuuuh,puuuuh,puuuuh... banyak nyer debu. ahcuuuuummmm... sekarang dah lega, tukar sikit background pulak. heeeee...

Jumaat, April 02, 2010

pulut nyior ikan masin, nasi ayam n puding koktail

hari ni start pagi lagi msk tuk family. pagi mkn pulut nyior ikan masin. seme mkn. tengahari wat nasi ayam, tinggal periuk je, then petang wat puding koktail... bagi kat jiran sebelah umah, sebab nyer bagi jemput2 jagung, pada sebelah pagi nyer.
bercerita tang puding koktail ni seme suka. my hubby puji. sedap. blh wat lagi. kena ingat resepi nyer. 2 cwn kastad, air n santan campur ngan kastad jadi kan 10 cwn then bubuh gula 1 1/2 cwn n garam skit. nak sedap gi, buh sikit serbuk jelly. kacau api plahan. then sejukkan. makan ngan kuah nyer - 1 cwn susu cair, 2 cwn air, gula secukup rasa n sikit kastad yg dibancuh ngan air, masak n sejukkan. tambahkan aksesori koktail buah2an import n laici. besttttt. habis, licin. tak sempat nak pic.

Reset programme

bercerita tang reset ni, minggu lepas dah wat. dari 71.1 kilo dah turn 2.5 kilo dlm 5 hari, mmg menderita sikit, bukan lapar tapi mulut tu tak tahan nak mengunyah je. then sekarang kontrol mkn. ade tika nyer tak tahan gak, bantai je. pas mkn timbang, ohh nyesal pkal sebab mkn. tapi tetap nak diet.org seme dok kata nampak dah kurus. ishhh... belum gi, nak tunggu turun sampai 65kg then nak try lagi sampai 60kg, boleh ker?????
masa awal tahun 2010, beras 75kg. makan herbalife yg tahun lepas punye, tinggal sikit je. then beli yg cosway nyer dalam 3 bln, hampir 4 kg turun, skrg usana plak, mmg menjadi. cuma disiplin je yg ponting. hush cabaran org yg DD ni.

Adik Demam

Pada 27/3/10, baby demam. mulanya dok puji, makin besar n sihat, dah tak demam lagi, pastu kul 10 pagi, panas semacam. then kul 11 pagi bagi makan ubat. adus baru je puji dah kena sakit. org kata kalu demam, gi mandi banyak2 bagi turun suhu, time kul 12 tu, gi le mandi, nampak ok gak, petang nyer, lepas mkn, gi mandi ... tapi pas mandi suhu x turun, x jadi nampaknyer petua tu, so gi le ke klinik. dapat antibiotik n ubat demam, ambik gak ubat batuk n hingus, kot2 ade. habis dlm RM38.00. makan, esok pun makan, dapat gak ubat masuk kat punggung, tuk kurang suhu. berpeluh sakan, tapi belum 8 jam, panas balik, makan lagi. malam nyer, tangan n kaki sejuk, kepala panas, esok pun macam tu. hari senin, pengasuh phone kata baby demam, beli ubat demam yg masuk kat punggung. Gi lagi klinik, dr kata, makan n minum ke... kata okey bab tu, ade batuk... x ade. Dr bagi 2 antibiotik n ubat demam,habis RM45.00 then, kalu x sihat dlm 2 hari kena gi hospital, masuk wad n check darah... adus seram sejuk bunyi nyer. takut pun ade, yelah, kalu nak duk hospital... faham2 je lah.
Bagi makan pd mlm nyer, nampak okey, esok nyer pun mkn, then alhamdulillah, dah sembuh. Plan nak gi kch x jadi, takut demam balik, so cuti di habiskan di rumah je, 4 hari cuti.

Isnin, Mac 22, 2010

Start Reset Program

Hari ini dah mula buat program maut. Dalam masa 5 hari nak tgk apa akan jadi, tak mau makan selain minum nutrimeal n vitamen. my hubby kata teruskan, nak makan curi2 pun blh, bkn ada org nampak katanya sambil ketawa, ishhh... alang-alang dah habis
RM8xx kena disiplin, ya betul kata nyer. motivasi nampaknyer. tapi katanyer, x mau mkn sik hal, yg ptg kami yg lain2 kena masak laaa... itu tak jadi masalah... cuba control ayu hiiii...

Sabtu, Mac 20, 2010

Jom Makan

Hari ni wat nasi kerabu, seme aksesori ade, ikan celup tepung, ayam goreng, ulaman, tumis, sambal n buduuuuuu... seme makan.
Pagi tadi wat pulut pagi... achik mintak lagi nak makan sebelah malam nyer. emmm... buat lagi... banyak sikit tok esok, suka benar diaorang ngan pulut tu.

Khamis, Mac 18, 2010

usana

beli usana ngan lili. my hubby kata ahhh rm800+++ mahalnyer. mama... sengih-sengih je... utk kesihatan, senin ni baru nak stat, dah perabis byk duit, mesti disiplin. kurus punye pasal, nak cuba gak, dulu time cuba herbalife, mmg berbaloi. tapi time ngandung, kembang yg x kempis2, nak beli herbalife, dah ada brg baru, cuba lok, harga lebih kurang sama jak... tak tahu nanti... tungguuuuuuu....

kek oh kek

Hari ni wat kek span oren, semalam wat kek choc. habis. my kids suka kek choc dr kek oren. mrk kata wat kek choc lagi sbb ada ganache dia, mmg dia org suka, tak dan nak bagi jiran.
sebelum tu wat laksa sawak, licin. ari nie terliur nak mkn laksa johor, wat jugak, antara dua laksa, sedap lagi laksa sawak, byk aksesori lagi, ayam, udang, telur, laksa johor stakat sayur n kuah je.
along suka laksa swak dr laksa johor, dia mkn bertambah-tambah laksa swak, tapi kalu laksa johor, skali je n x mau dah. mmg dia kalu kuah ikan mmg x suka, kalu laksam, laksa kltan pun dia tak mau mkn. bdk kecik yg lain x mau, tapi wat sup, emmm....licin.
abah... soru je, mama... apa yg teringin wat, janji cukup bahan...

Selasa, Mac 09, 2010

meneruskan perjuangan

Salam, minggu lepas keputusan STPM telah diumumkan. tahniah kepada semua anak didik yang berjaya. segala usaha dan penat lelah selama ini mendidik mereka terasa berbaloi dengan kejayaan yang dicapai. hari ini perjuangan perlu diteruskan...

Rabu, Februari 17, 2010

sepi banyak berita

Aahhhh..., tiba-tiba terasa rajin je tangan-tangan yang mulus ni untuk menaip babak-babak bicara. sudah lama tidak ku sapu laman ini yang sudah bersawang, hari ini baru terasa datang kerajinan yang tidak terhingga..., bukan senang mahu berbicara..., bila hati sudah lega, datang seru makan banyaklah idea yang menjengah ke ruang kalbu.

Dari episod mengurangkan part-part tertentu, kini sudah membuahkan hasil, nak kata lumayan tidak lah tapi kan ku cuba untuk mencapai apa yang diimpikan... tungguuuuuu...
Mula sahaja tahun baru, terasa sibuk bukan main dalam hidupku... sesi persekolahan anak-anak, diriku dan urusan keluarga.... biasalah bila dah ramai anggota keluarga...
cerita bab anak, yang besar sehinggalah yang kecil, macam-macam peel ada... memang bab anak-anak ni perlukan kesabaran, bising... biasalah... kalau senyap time tidur and ke sekolah, itu aje, yang lain... tak payah cakap le.
esok ada planning baru, mula nak berkebun, cara hidroponik, anak-anak dah ke sekolah, saya... masih cuti. time ini le baru ade peluang nanti jadi petani...keh-keh-keh...
rehat sehejap bersama kit-kat...